Selepas hampir tiga hari, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM menemui mayat Abdul Wahab Mat Sulaiman di tingkat dua hutan lipur Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, Besut, jam 8 pagi tadi.
Abdul Wahab terjatuh dari tingkat lima air terjun itu ketika menyelenggara saluran paip taman rekreasi berkenaan pada Khamis lalu.